Monday, January 17, 2011

HATI.....



Assalamualaikum w.b.t. ...

HATI....Hmmm.....hati kadang-kadang berkata-kata, kadang-kadang membisu, kadang-kadang memberontak, kadang-kadang menyepi, kadang-kadang dan kadang-kadang lagi....

Sekejap menjadi kawan, sekejap menjadi sahabat, sekejap menjadi lawan, sekejap menjadi batu api, sekejap menjadi itu dan sekejap menjadi ini....
Seketika berzina, seketika insaf, seketika bertaubat, seketika ulang balik buat salah, dan seketika lagi....
Hati ini sekejap jatuh, sekejap naik, sekejap luruh, sekejap bercambah, dan macam-macam lagi....

Apakah sebenarnya HATI itu (ini)?

Seketul dagingkah, kawan kepada akal kah, musuh akal kah, penyembuh jiwa kah, pengawal emosi dan jiwa manusiakah, apakah dan apakah?
Kalau hendak disebutkan hati itu daging dalam badan manusia pun boleh juga....dalam bahasa inggeris disebut liver, dalam latin disebut hepar (lupe2 ingat skit...mungkin greek kot), dalam ruski disebut печень (pechen)... dalam anatomy, hati ni ade 8 lobus (rasenye la)....adakah setiaplobus tu menunjukkan bahagian hati-hati kita? bahagian2 perasaan kita kah?....hmmm...Tapi kan, ada yang cakap hati tu cinta.....gulp....betul ke? haaaa mesti pelik kan.....cinta apa?.....boleh jadi cinta kepada Allah mahupun cinta kepada manusia.....kalau dalam bahasa inggerisnya orang panggil heart.....eh heart?....bukan ke heart tu jantung......hmmmmm.........pening2.....

Tapi bagi sayalah, hati tu penghubung diri kita kepada Allah, penghubung kita kepada manusia, penghubung kepada jiwa, penghubung kepada emosi, penghubung kepada tubuh badan melalui saluran darah, pengawal diri manusia dari segi zahir mahupun batin....
Bagi saya juga hati terbahagi kepada dua iaitu zahir dan batin.....zahirnya ialah hati yang kita nampak yang mengawal proses penyimpanan glukosa (glucose), pemecahan glukosa (glucose),peneutralan toksin (intoxication) dan sebagainya.....batinnya ialah hati yang kita tidak nampak....jika suci sesuci bayi yang baru lahir, jika buruk dan busuk seburuk dan sebusuk daging busukyang dah terbiar bertahun-tahun....geli kan.....fuh......sebab pentingnya hati kita ini Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

((أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَالْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ))
رواه البخاري ومسل

"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yangapabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati."Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.(penghujung hadis imam nawawi no. 6)

So, sebab itulah hati adalah salah satu kurniaan Allah yang paling hebat....ia memberikan perasaan, memberikan rasa, memberikan kekuatan, memberikan pendorongan, memberikan cahaya dan mungkin juga memberikan kegelapan.....

Tapi kan, tahukah kita sebagai manusia kita telah diberikan 2 agen terpenting bagi mengawal hati kita...satu agen bawa hati kita ke arah kebaikan dan satu agen membawa ke arah kejahatan(nauzubillah) sebab itulah Allah menyatakan bahawa manusia ini adalah sebaik-baik ciptaanNya.... 2 agen atau benda ini yang tidak ada pada makhluk-makhluk Allah yang lain hatta malaikat yang mulia sekalipun adalah AKAL dan NAFSU....so, akal ni lah pemberi peringatan kepada kita sebagai manusia untuk melawan nafsu yang sentiasa menghasut untuk membuat kejahatan....

Tapi jangan fikir yang nafsu tu lemah, kena ingat nafsu ni ciptaan Allah yang sangat degil, dan kena ingat juga yang nafsu telah diberi kelebihan oleh Allah untuk meneruskan legasi iblis dansyaitan di waktu bulan Ramadhan dan bulan puasa untuk mengajak manusia dalam membuat kemungkaran dan perkara2 yang tidak disukai Allah S.W.T. ....Dan juga nafsu ni la yang bergabung dengan angkatan iblis dan syaitan nirrajim di waktu bulan bukan Ramadhan untuk menjerumuskan manusia ke lembah yang hina sehina-hinanya...
Disebabkan itulah Allah telah mengurniakan akal untuk menolong hati kita dalam menghadapiangkatan musuh ini yang sangat kuat...janganlah menggunakan nafsu melebihi akal....parah jawapannya....Satu cara yang saya boleh berikan untuk tahu bahawa benda yang kita lakukan tidak elok adalahrasa ketidak selesaan hati kita dalam membuat sesuatu perkara itu....kalau kita rasa tak selesa bermakna apa yang kita lakukan itu salah....sebab itulah ada istilahzina hati....ubatnya adalah dengan ISTIGHFAR kepada Allah....sangat berkesan.....dan kalau boleh taubat nasuha....

Disebabkan hati inilah yang mengawal tubuh badan kita, jagalah ia dengan baik melalui pembacaan al-Quran, zikrullah, puasa, pentarbiyahan diri, peringatan sentiasa tentang kiamatkecil dan kiamat besar, dan sebagainya yang dirasakan mampu menolong dalam menjernihkan hati kita.....amin......insyaAllah....

Moga-moga sedikit sebanyak dapat membuka jiwa dan pengetahuan kita tentang betapa pentingnya kita dalam mengawal hati kita agar tak menjerumuskan diri kita dalam melakukandosa-dosa seperti zina, membunuh, mengumpat, mencuri dan yang sama waktu dengannya...

Hati lah sebagai pusat untuk menentukan ke mana arah tuju kita sehari-harian....Jaga hati kita baik-baik ye.....:)

~Mohon ampun dan maaf jika terkasar bahasa atau terkurang dalam menulis untuk kali ini, yangbaik itu daripada Allah dan yang buruk itu melalui Allah juga tetapi melalui diri saya yang serbakekurangan dalam menyampaikan, minta maaf ye....wallahualam.....

Assalamualaikum w.b.t. .....^_^