Saturday, May 25, 2013

Pemuda yang baru bangun tidur



Seorang pemuda baru sahaja bangun dari tidur... Dia pun pergi ke hadapan cermin dan melihat dirinya... Kusut masai, tak terurus, muka masam, busuk, serabut dan lemah... Kemudian dia terus capai tualanya dan terus ke bilik air untuk membersihkan diri...Segala macam jenis sabun dan shampoo digunakan untuk membersihkan diri...termasuklah colgate untuk membersihkan mulut dan giginya...Setelah selesai dia pun kembali ke biliknya dan memakai bedak dan wangi-wangian di badannya....kemudian dia memakai pakaian yang bersih....Setelah selesai semuanya, dia kembali ke hadapan cermin dan melihat dirinya kembali....dia tersenyum seketika...dia berpuas hati dengan kondisi dirinya yang tampak segar,bersih, meyakinkan, wangi, muka berseri-seri lantas mengucapkan alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Allah....

Seperti itulah kehidupan kita seharian...seringkali iman kita terperosok ke bawah dan seringkali iman kita naik meninggi....itu telah menjadi lumrah kehidupan seorang insan di dunia ini....kisah pemuda ini walaupun singkat dan simple tetapi mempunyai makna yang sangat mendalam dalam kita menilai dan seterusnya mentarbiah kembali diri kita yang sentiasa diuji dengan dugaan terutamanya dari musuh kita yang nyata yakni iblis dan konco2nya...

Keadaan pemuda yang kusut masai, busuk, tak terurus menggambarkan diri kita sebagai iman yang rendah, busuk, tak terurus, kotor seseorang itu...justeru sedangkan kita tak berpuas hati dengan keadaan kita yang seperti itu, apatah lagi Allah Yang Maha Agung akan menerima iman yang sebegitu....kerana itulah pembersihan selalu perlu dilakukan contohnya untuk membersihkan badan tadi, pemuda itu menggunakan pelbagai jenis shampoo dan sabun untuk membersihkan dirinya...sama juga seperti iman dan jiwa kita, pembersihan perlu dilakukan bagi mendapatkan jiwa yang bersih dan berseri-seri....bacaan Al-quran, zikir, solat sunat, tazkirah, qiamullail dan akhlak yang baik menjadi 'agent' pembersihan jiwa kita....mutabaah amal perlu diselaraskan dan perlu dilakukan dengan istiqamah...biarlah sedikit tetapi berterusan..

“Daripada Aisyah r.ha., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai manusia lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu jemu. Amalan yang paling Allah sukai ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


InsyaAllah dengan 'agent-agent' pembersihan ini tadi dapatlah kita jadikan iman dan jiwa kita lebih bersih dan suci...dan kita dapat melihat bahawasanya pemuda tadi sangat berpuas hati dengan dirinya setelah mandi dan membersihkan diri....Begitu juga dengan Allah, Dia akan sangat gembira apabila melihat hambanya  mempunyai iman dan jiwa yang sangat wangi dan bersih....

Justeru, bersihkan lah jiwa dan iman kita selalu agar cantik dan menarik di hadapan Allah sentiasa...semoga kita diberi rahmat dan redha untuk kembali kepadaNya dalam keadaan suci, bersih, wangi, dan selesa...insan yang cemerlang adalah insan yang mempunyai jasad dan ruh yang kuat, hebat dan mantap...moga kita menjadi salah seorang yang mendapat cinta dariNya....INSYAALLAH...^_^




No comments:

Post a Comment