Assalamualaikum w.b.t.... mari same2 kita semua mengingatkan diri kita kembali siapa 10 sahabat Rasulullah yang dijanjikan masuk syurga...
1) Abu Bakar as-Siddiq 2) Umar al-Khattab 3) Uthman bin Affan 4) Ali bin Abi Talib 5) Talhah bi Ubaidillah 6) Saad bin Abi Waqas 7) Abu Ubaidahal-Jarrah 8) Abdul Rahman bin Auf 9) Said bin Zaid 10) Zubair al-Awwam
Inilah senarai 10 orang sahabat yang dijanjikan masuk syurga....mudah-mudahan kita akan dapat mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah hidup mereka dan mengaplikasikan semangat jihad dan tulus suci hati mereka terhadap Islam dalam diri dan kehidupan kita...wallahu'alam... *minta maaf sgt2 sebab lama tak update...
Di waktuku melihat diriku di dalam cermin, Aku melihat kesempurnaan wajahku, Aku melihat kesempurnaan tubuhku, Dan aku melihat kesempurnaan diriku...
Di waktuku melihat diriku di dalam cermin, Aku merasakan sempurnanya hartaku, Aku merasakan sempurnanya keluargaku, Dan aku merasakan sempurnanya duniaku...
Namun di waktuku melihat diriku di dalam cermin, Aku melihat tingginya nafsu amarahku, Aku melihat hebatnya godaan iblis kepadaku, Dan aku melihat dalamnya diriku dimamah kemaksiatanku...
Lalu di waktuku melihat diriku di dalam cermin, Aku merasakan kosongnya jiwaku, Aku merasakan kotornya hatiku, Dan aku merasakan lemahnya rohaniku...
Di waktuku melihat diriku di dalam cermin, Apa yang patut aku lakukan, Bagaimana perlu aku betulkan, Dan siapa perlu aku rujukkan...
Di waktuku melihat diriku di dalam cermin, Aku tertanya-tanya ya Allah, Siapa perlu aku rujukkan hatiku ini, Dan ke mana perlu aku bawa jiwaku ini...
.....
Ya betul, ya Allah, ya betul, ya Allah, Engkaulah perlu aku rujukkan hatiku ini, Engkaulah perlu aku bawa jiwaku ini, Hanya kepadaMu sahaja ya Allah, Tempatku mengadu dan mengharap, Hanya dengan rahmatMu sahajalah lengkap diriku ini...
Dan akhirnya di waktuku melihat diriku di dalam cermin, Aku terlihat cahaya dan harapan, Aku terlihat kasih sayang dan belas kasihan, Dan aku terlihat iman dan taqwa yang tiada berkesudahan...
Allahumma kama hassanta kholqi fahassin khuluqi (Segala puji bagi Allah yang memperbaiki diriku, perbaikilah budi pekertiku)
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya meneruskan penulisan saya di dalam blog ini (alhamdulillah...alhamdulillah...alhamdulillah...)...
Untuk penulisan kali ini, suka untuk saya mengingatkan kembali diri saya dan sahabat2 semua mengenai peristiwa Isra Mikraj di mana nabi kita yang tercinta, Nabi Muhammad S.A.W. telah diangkat oleh Allah ke sidratul muntaha bagi menerima salah satu tanggungjawab yang terberat bukan sahaja terhadap diri baginda malahan untuk umat baginda itu sendiri yakni kita semua...tanggungjawab yang diperintahkan Allah itu tidak lain dan tidak bukan adalah solat fardu 5 waktu sehari semalam...
Setiap umat Islam wajib untuk bersolat tidak kira tua mahupun muda...namun di sebalik kita bersolat hari-hari adakah kita mengetahui setiap makna di sebalik setiap ucapan kita?bagaimana kita hendak khusyuk jika kita tidak mengetahui maksud-maksudnya?...perlulah diingatkan bahawa salah satu syarat untuk kita khusyuk di dalam solat adalah dengan mengetahui setiap maksud ucapan kita di dalam solat...oleh sebab itu di bawah ini saya sertakan ucapan-ucapan di dalam solat beserta maksud-maksudnya...
Innii wajjahtu wajhiya lilladzi fatharas samaawaati wal ardha haniifan musliman wamaa ana minal musyrikiin. Inna salaati wa nusukii wa mahyaayaa wa mamaatii lillaahi rabbil 'aalamiin. Laa syariikalahu wa bizdaalika umirtu wa ana minal muslimin.
Aku hadapkan wajahku kepada Allah yang menjadikan langit dan bumi, dengan keadaan suci lagi berserah diri; dan aku bukanlah dari golongan orang-orang musyrik. Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya semata-mata bagi Allah, Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu baginya, demikian akau diperintahkan, dan aku adalah termasuk kedalam golongan orang-orang yang berserah diri.
1. Subhaana rabbiyal azhim wabihamdi(3x) ("Maha Suci Tuhanku Yang Maha Agung")
atau
2.Subhaanakallahumma rabbanaa wa bihamdika allaahummaghfirlii ("Maha suci Engkau ya Allah, ya Tuhan Kami, dengan memuji Engkau ya Allah, ampunilah aku")
Sami'allaahu liman hamidah. Rabbanaa walakal hamdu. (Maha mendengar Allah akan pujian orang yang memuji-Nya. Ya Tuhan kami, untuk-Mu lah segala puji.")
Ya Allah, berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha terpuji lagi Maha Mulia.
Assalaamu 'alaikum warahmatullaahi wa barakaatuh(Salam sejahtera untukmu, rahmat Allah dan berkat-Nya.)
Alhamdulillah, sungguh indah ucapan-ucapan dan maksud-maksud yang boleh kita dapati dalam solat kita...justeru, bolehlah kita perhatikan bahawasanya banyak doa kita kepada Allah ketika kita bersolat...mudah-mudahan dengan maksud-maksud di atas solat kita akan menjadi lebih khusyuk...insyaAllah...
*Segala yang baik dan indah itu datang daripada Allah S.W.T. dan segala yang buruk itu datang daripadaNya juga tetapi melalui diri saya yang sangat lemah dalam penyampaian dan mempunyai banyak kekurangan...mudah-mudahan sekiranya ada kesilapan mohon untuk diperbetulkan kerana saya ini manusia yang menjadi hamba kepada Penciptanya seperti sahabat-sahabat sekalian...saya akhiri kalam penulisan saya dengan assalamualaikum w.b.t....wallahua'lam...