Sunday, July 4, 2010

Pertemuan dan Perpisahan...


Assalamualaikum w.b.t.

Pada jam 1600 di tarikh 4 julai 2010, telah menjadi satu titik bersejarah bagi kami, warga junior Volgograd di mana kami terpaksa berpisah dengan warga2 senior 6th year kami yang telah grad...di mana mereka akan berpisah dengan kami ini untuk meneruskan perjuangan mereka di bumi Malaysia yang tercinta...

Apa yang sebenarnya menjadi titik tolak penting detik ini kepada kami ini adalah disebabkan ukhuwwah yang terjalin di antara kami semenjak kami, warga junior(termasuk saya) menjejakkan kaki kami di bumi Volgograd ini suatu ketika dahulu...

Saya masih ingat lagi di mana ketika kami baru sahaja sampai ketika kami hendak memulakan tahun pengajian yang pertama kami di Volgograd ini...senior2 inilah yang tanpa mengenali kami terus memberikan pertolongan yang tidak terhingga kepada kami dan memberi setiap ajaran dan kemahiran2 yang sangat2 diperlukan untuk kami hidup di bumi asing ini yang penuh dengan cabaran...

Dan yang paling penting adalah ukhuwwah Islamiyah itu sendiri yang diterapkan oleh abang2 dan kakak senior ini kepada kami yang menjadi benteng pertahanan kepada kekuatan Islamiyah di bumi Volgograd ini...

Banyak rintangan dan cabaran yang telah dilalui kami bersama-sama dalam menghadapi perit jerih yang sentiasa mencabar iman kami di sini...mereka jugalah yang menjadi penolong dan pemudah kepada adik2 junior ini dalam menolong menyediakan skema jawapan bagi memudahkan kami untuk menjawab ketika waktu peperiksaan...terima kasih banyak2...

Suka cita saya mengatakan yang senior2 inilah menjadi pelopor kepada sifat2 keterbukaan orang2 bukan Islam di sini kepada Islam...justeru itulah boleh saya katakan yang terdapat beberapa orang bukan Islam yang telah menjadi muslim...terima kasih kepada semangat ukhuwwah fillah dan semangat juang mereka yang tidak pernah putus2 untuk memberikan pertolongan kepada saudara2 baru kami di sini...alhamdulillah...

Disebabkan usaha2 mereka jugalah sebuah lagi masjid berjaya didirikan menjadikan dua buah masjid kesemuanya bagi menampung umat Islam di bumi Volgograd ini...

Pun begitu benarlah ada pepatah yang berbunyi "setiap pertemuan pasti ada perpisahan."...dan di tanggal yang telah saya sebutkan di atas menjadi pemutus segala suka duka hidup kami yang sedang berlangsung...namun begitu, setiap yang telah kami lalui bersama-sama adalah ketentuan daripada Allah S.W.T....dan pemutusnya juga adalah Allah...

Meskipun terdapat kesedihan yang teramat di hati kami, warga2 junior di sini, redha adalah ubat yang terbaik bagi mengubati kesedihan kami...insyaAllah...meskipun abang2 dan kakak2 senior yang telah grad telah tiada di bumi Volgograd ini, namun kami perlu meneruskan tugas kami di sini sebagai pendakwah dan muslim yang perlu mempunyai personaliti Islam yang tinggi....mudah-mudahan Islam akan terus berkembang dan berkembang dan martabat Islam akan kembali disanjung...insyaAllah...

Dan kepada abang2 dan kakak2 kami yang telah berlepas ke Malaysia, janganlah lupa tugas2 kita di bumi Allah sebagai khalifahNya...mudah-mudahan Allah bersama kamu dan kami semua...terima kasih dan jazakallah diucapkan kepada anda semua yang telah mengajar kami cara hidup yang baik di bumi asing ini...semoga ukhuwwah kita akan berkekalan selama-lamanya...

*Apa yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu juga datang dari Allah tetapi melalui diri saya yang serba kekurangan...minta maaf jika ada kelemahan dalam penulisan saya kali ini atau yang lepas2...semoga Allah besama kita semua...wallahua'lam...

Saturday, July 3, 2010

Kita ni istimewa...

Assalamualaikum w.b.t.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya dapatlah saya memulakan penulisan blog saya yang pertama ini...alhamdulillah...

"Dan sungguh, Kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan Kami angkut mereka di darat dan di lautan, dan Kami beri mereka rezeki dari yang baik2 dan Kami lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna."-Surah al-Isra'(17):70..

Dalam saya memerhatikan beberapa potongan ayat di dalam kalam suci, pandangan saya tiba2 tertarik kepada ayat di atas...

Setelah membaca ayat di atas beberapa kali saya tersedar bahawa kita ini sebagai manusia sepatutnya bersyukur kerana Allah telah melebihkan diri kita di atas makhluk2 lain di atas muka bumi ini...malah berdasarkan ayat di atas juga kita ini juga telah dimuliakan...buktinya adalah ketika penciptaan nabi dan bapa kepada semua umat manusia yakni Nabi Adam a.s..

Mungkin sebahagian besar daripada kita telah tahu cerita ini di mana semua malaikat telah disuruh disujud oleh Allah S.W.T. sebagai menunjukkan tanda hormat kepada beliau....namun sangat suka untuk saya mengingatkan kembali kisahnya oleh kerana sifat diri manusia ini yang mempunyai sifat pelupa yang senantiasa...

Justeru kerana apa manusia ini dilebihkan atas makhluk2 ciptaan Allah yang lain?...ini adalah kerana Allah telah mengurniakan manusia itu sendiri dua benda yang sangat penting dan sangat susah untuk dikawal yakni IMAN dan NAFSU...disebabkan dua benda inilah mewujudkan suatu nilai seseorang manusia itu sendiri di sisi Allah...yang mana makhluk lain tidak dibekalkan dengan nafsu yang mana nafsu ini menjadi perantaraan antara kemuliaan dan kehinaan bagi diri makhluk yang bernama manusia...

Jika kita mengambil kira kisah dimana nafsu telah dibakar di dalam api neraka selama beribu-ribu tahun, dapatlah kita perhatikan yang mana nafsu ini merupakan ciptaan Allah yang sangat degil kerana tunduk kepada Allah hanya selepas dibakar dengan masa yang begitu lama di dalam api neraka...

Disebabkan itulah Allah telah membekalkan manusia dengan IMAN di mana dengan iman inilah manusia boleh mengawal sifat nafsu yang sentiasa dahagakan kemungkaran...dan dengan iman jugalah manusia menjadi lebih mulia berbanding makhluk2 lain...

Dan pembekalan IMAN dan NAFSU kepada manusia ini disertai pula dengan pemberian akal oleh Allah S.W.T...inilah yang menjadi titik istimewa manusia jika hendak dibandingkan dengan makhluk2 Allah yang lain...dengan akal inilah juga menyebabkan manusia dipilih sebagai KHALIFAH di muka bumi ini di mana dengan akal yang ada pada seseorang manusia itu membolehkan muka bumi ini dimakmurkan dengan izin Allah S.W.T....

Akal diberikan kepada manusia supaya manusia sentiasa berfikir tentang kekuasaanNya dan takut kepadaNya...namun terdapat juga manusia yang lalai di mana mereka ini sebenarnya menggunakan akal tetapi akal ini menurut kepada hawa nafsu yang sentiasa berkomplot dengan syaitan yang sentiasa ingin mencari teman di kalangan manusia untuk diseret bersama-sama mereka di akhirat kelak...

Kita sebagai manusia juga sangat berbeza dengan haiwan yang tidak mampu untuk berkata-kata...Oleh sebab itulah mari kita semua bersama-sama bersyukur di atas nikmat istimewa yang telah diberikan kepada kita dengan menggunakan kelebihan yang ada ini untuk bertaqwa dengan sesungguh-sungguhnya kepada Allah S.W.T...

Ingatlah Allah sangat sayang kepada hamba-hambanya yang sentiasa ingat kepadaNya dan sentiasa bersyukur di atas nikmat2 dan kelebihan2 yang dikurniakanNya...

*Akhir kalam...yang baik datang daripada Allah...yang buruk itu datang daripada Allah juga tetapi melalui diri saya yang sentiasa di dalam kekurangan...minta maaf jika ada tersilap dalam penulisan saya ini...wallahua'lam...