Sunday, July 4, 2010

Pertemuan dan Perpisahan...


Assalamualaikum w.b.t.

Pada jam 1600 di tarikh 4 julai 2010, telah menjadi satu titik bersejarah bagi kami, warga junior Volgograd di mana kami terpaksa berpisah dengan warga2 senior 6th year kami yang telah grad...di mana mereka akan berpisah dengan kami ini untuk meneruskan perjuangan mereka di bumi Malaysia yang tercinta...

Apa yang sebenarnya menjadi titik tolak penting detik ini kepada kami ini adalah disebabkan ukhuwwah yang terjalin di antara kami semenjak kami, warga junior(termasuk saya) menjejakkan kaki kami di bumi Volgograd ini suatu ketika dahulu...

Saya masih ingat lagi di mana ketika kami baru sahaja sampai ketika kami hendak memulakan tahun pengajian yang pertama kami di Volgograd ini...senior2 inilah yang tanpa mengenali kami terus memberikan pertolongan yang tidak terhingga kepada kami dan memberi setiap ajaran dan kemahiran2 yang sangat2 diperlukan untuk kami hidup di bumi asing ini yang penuh dengan cabaran...

Dan yang paling penting adalah ukhuwwah Islamiyah itu sendiri yang diterapkan oleh abang2 dan kakak senior ini kepada kami yang menjadi benteng pertahanan kepada kekuatan Islamiyah di bumi Volgograd ini...

Banyak rintangan dan cabaran yang telah dilalui kami bersama-sama dalam menghadapi perit jerih yang sentiasa mencabar iman kami di sini...mereka jugalah yang menjadi penolong dan pemudah kepada adik2 junior ini dalam menolong menyediakan skema jawapan bagi memudahkan kami untuk menjawab ketika waktu peperiksaan...terima kasih banyak2...

Suka cita saya mengatakan yang senior2 inilah menjadi pelopor kepada sifat2 keterbukaan orang2 bukan Islam di sini kepada Islam...justeru itulah boleh saya katakan yang terdapat beberapa orang bukan Islam yang telah menjadi muslim...terima kasih kepada semangat ukhuwwah fillah dan semangat juang mereka yang tidak pernah putus2 untuk memberikan pertolongan kepada saudara2 baru kami di sini...alhamdulillah...

Disebabkan usaha2 mereka jugalah sebuah lagi masjid berjaya didirikan menjadikan dua buah masjid kesemuanya bagi menampung umat Islam di bumi Volgograd ini...

Pun begitu benarlah ada pepatah yang berbunyi "setiap pertemuan pasti ada perpisahan."...dan di tanggal yang telah saya sebutkan di atas menjadi pemutus segala suka duka hidup kami yang sedang berlangsung...namun begitu, setiap yang telah kami lalui bersama-sama adalah ketentuan daripada Allah S.W.T....dan pemutusnya juga adalah Allah...

Meskipun terdapat kesedihan yang teramat di hati kami, warga2 junior di sini, redha adalah ubat yang terbaik bagi mengubati kesedihan kami...insyaAllah...meskipun abang2 dan kakak2 senior yang telah grad telah tiada di bumi Volgograd ini, namun kami perlu meneruskan tugas kami di sini sebagai pendakwah dan muslim yang perlu mempunyai personaliti Islam yang tinggi....mudah-mudahan Islam akan terus berkembang dan berkembang dan martabat Islam akan kembali disanjung...insyaAllah...

Dan kepada abang2 dan kakak2 kami yang telah berlepas ke Malaysia, janganlah lupa tugas2 kita di bumi Allah sebagai khalifahNya...mudah-mudahan Allah bersama kamu dan kami semua...terima kasih dan jazakallah diucapkan kepada anda semua yang telah mengajar kami cara hidup yang baik di bumi asing ini...semoga ukhuwwah kita akan berkekalan selama-lamanya...

*Apa yang baik itu datang daripada Allah dan yang buruk itu juga datang dari Allah tetapi melalui diri saya yang serba kekurangan...minta maaf jika ada kelemahan dalam penulisan saya kali ini atau yang lepas2...semoga Allah besama kita semua...wallahua'lam...

6 comments:

  1. Selagi teras ukhuwwah itu ialah Allah..janganlah kita bersedih hati..selama mana Allah itu ada, selama itulah ukhuwwah itu kekal selamanya...

    Bagi saya itu perpisahan selepas pertemuan ini cahya suluhanNya, yang mengajar kita untuk sentiasa berdikari, menjadi muslim yang mu'min, memikul beban tunggak da'wah.

    Teruskan menulis, meskipun menulis blog ini sekadar amal dhaif, tapi ia tetap dikira uslub da'wah yang utama juga.. istiqomah ye..

    p/s Akhirnya ade juga blog..baru sebut semalam..hehe =)

    ReplyDelete
  2. yow yen! salam. heee heeee. welcome2, join the club...

    post yang first da mantop. teruskan2.

    ReplyDelete
  3. insyaAllah...perjuangan dakwah perlu diteruskan meskipun diri ini di dalam serba kekurangan...moga2 Allah sentiasa bersama kita...

    ReplyDelete
  4. salam naz??pekaba??hehe.
    jaga floor baik2,solat jamaah jgn tinggal,nasihat antara satu sama lain supaya jaga keamanan dan kebersihan floor.:)

    ReplyDelete
  5. salam yin..
    wa~~ade gk blog rupenye..
    bgus2..sumer usrah kte ade blog dh,kcuali asip..
    kne suro die wat blog nih..

    mmg manis biler kte berukhuwah ats jln Allah ni..
    sbb ianya lain drpd brkwn yg biasa2..kalo brkwn sbb biase2, bole jd sbb kwn tu baik,kwn tu byk duit,kwn tu ade daye tarikan trsndr..
    tp biler brukhwah liLlah ta'ala,sumer itu jd prkr yg ke-2..sbb yg 1st skali adlh Allah,tanpa kisahkn profil akhi kte tu..

    moge2 ukhwah antr kte yg ade d cni n dgn yg tlah blk xkan luput smpai akhirat..akn jd bahan prbualan kte kt dlm syurga nnt..insyaAllah..

    moga2 ukhwah antr Ahmed n Nazrin pon same gk.. ;-) amin~~

    ReplyDelete
  6. syukran atas peringatan...mudah-mudahan kekal sampai bila2.amin...:)

    ReplyDelete