Saturday, July 3, 2010

Kita ni istimewa...

Assalamualaikum w.b.t.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaNya dapatlah saya memulakan penulisan blog saya yang pertama ini...alhamdulillah...

"Dan sungguh, Kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan Kami angkut mereka di darat dan di lautan, dan Kami beri mereka rezeki dari yang baik2 dan Kami lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna."-Surah al-Isra'(17):70..

Dalam saya memerhatikan beberapa potongan ayat di dalam kalam suci, pandangan saya tiba2 tertarik kepada ayat di atas...

Setelah membaca ayat di atas beberapa kali saya tersedar bahawa kita ini sebagai manusia sepatutnya bersyukur kerana Allah telah melebihkan diri kita di atas makhluk2 lain di atas muka bumi ini...malah berdasarkan ayat di atas juga kita ini juga telah dimuliakan...buktinya adalah ketika penciptaan nabi dan bapa kepada semua umat manusia yakni Nabi Adam a.s..

Mungkin sebahagian besar daripada kita telah tahu cerita ini di mana semua malaikat telah disuruh disujud oleh Allah S.W.T. sebagai menunjukkan tanda hormat kepada beliau....namun sangat suka untuk saya mengingatkan kembali kisahnya oleh kerana sifat diri manusia ini yang mempunyai sifat pelupa yang senantiasa...

Justeru kerana apa manusia ini dilebihkan atas makhluk2 ciptaan Allah yang lain?...ini adalah kerana Allah telah mengurniakan manusia itu sendiri dua benda yang sangat penting dan sangat susah untuk dikawal yakni IMAN dan NAFSU...disebabkan dua benda inilah mewujudkan suatu nilai seseorang manusia itu sendiri di sisi Allah...yang mana makhluk lain tidak dibekalkan dengan nafsu yang mana nafsu ini menjadi perantaraan antara kemuliaan dan kehinaan bagi diri makhluk yang bernama manusia...

Jika kita mengambil kira kisah dimana nafsu telah dibakar di dalam api neraka selama beribu-ribu tahun, dapatlah kita perhatikan yang mana nafsu ini merupakan ciptaan Allah yang sangat degil kerana tunduk kepada Allah hanya selepas dibakar dengan masa yang begitu lama di dalam api neraka...

Disebabkan itulah Allah telah membekalkan manusia dengan IMAN di mana dengan iman inilah manusia boleh mengawal sifat nafsu yang sentiasa dahagakan kemungkaran...dan dengan iman jugalah manusia menjadi lebih mulia berbanding makhluk2 lain...

Dan pembekalan IMAN dan NAFSU kepada manusia ini disertai pula dengan pemberian akal oleh Allah S.W.T...inilah yang menjadi titik istimewa manusia jika hendak dibandingkan dengan makhluk2 Allah yang lain...dengan akal inilah juga menyebabkan manusia dipilih sebagai KHALIFAH di muka bumi ini di mana dengan akal yang ada pada seseorang manusia itu membolehkan muka bumi ini dimakmurkan dengan izin Allah S.W.T....

Akal diberikan kepada manusia supaya manusia sentiasa berfikir tentang kekuasaanNya dan takut kepadaNya...namun terdapat juga manusia yang lalai di mana mereka ini sebenarnya menggunakan akal tetapi akal ini menurut kepada hawa nafsu yang sentiasa berkomplot dengan syaitan yang sentiasa ingin mencari teman di kalangan manusia untuk diseret bersama-sama mereka di akhirat kelak...

Kita sebagai manusia juga sangat berbeza dengan haiwan yang tidak mampu untuk berkata-kata...Oleh sebab itulah mari kita semua bersama-sama bersyukur di atas nikmat istimewa yang telah diberikan kepada kita dengan menggunakan kelebihan yang ada ini untuk bertaqwa dengan sesungguh-sungguhnya kepada Allah S.W.T...

Ingatlah Allah sangat sayang kepada hamba-hambanya yang sentiasa ingat kepadaNya dan sentiasa bersyukur di atas nikmat2 dan kelebihan2 yang dikurniakanNya...

*Akhir kalam...yang baik datang daripada Allah...yang buruk itu datang daripada Allah juga tetapi melalui diri saya yang sentiasa di dalam kekurangan...minta maaf jika ada tersilap dalam penulisan saya ini...wallahua'lam...

2 comments:

  1. salam...
    mabruk! akhirnya siap jgk blog =)
    post yg mantap! teruskan berjuang dan moga thabat di jln ini...^_^v
    wassalam.

    ReplyDelete
  2. insyaAllah abg faiz...sama-samalah kita cuba berjuang di bumi Allah ini yang sentiasa dipenuhi kemungkaran...insyaAllah...:)

    ReplyDelete